Seluruh dunia ketika ini sedang menumpukan perhatian kepada misi menyelamat adik Rayan yang terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi sejak hari Selasa lalu.
Terkini, pasukan menyelamat mengesahkan telah menemui adik Rayan yang berada dalam keadaan lemah. Ketika ini, mereka sedang memfokuskan kaedah bagi membawa keluar adik Rayan dalam keadaan selamat.
Berdasarkan laporan agensi berita Al Arabiya, laluan yang akan digunakan adalah melalui terowong yang digali pasukan penyelamat sejak 3 hari lalu.
Rayan mungkin alami kecederaan belakang semasa jatuh
Pemeriksaan awal Pasukan Perubatan mendapati kemungkinan Rayan mengalami kecederaan belakang. Disebabkan itu proses mengeluarkannya sedang dijalankan dengan berhati hati
Adik Rayan masih hidup
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa lama proses membawa keluar adik Rayan akan diperlukan. Ketika ini, ibu bapa kepada Rayan djuga dimaklumkan telah di bawa masuk ke dalam terowong penggalian untuk melihat keadaan anak mereka lebih dekat.
Pasukan perubatan dan anggota keselamatan yang sudah lama berada di lokasi bersedia untuk mengejarkan Rayan ke hospital sebaik dia dibawa keluar.
Sama-sama kita terus berdoa agar adik Rayan dapat dikeluarkan dalam keadaan selamat.