Trending

“Terima Kasih Segala Kebaikan Korang” – Ditidurkan Di ICU, Suhaimi Saad Sempat Minta Maaf Kepada Followers

Published on

Ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid menyampaikan berita duka berkenaan Suhaimi Saad yang kini sedang ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

BACA: Datuk Nora Ariffin Dikejarkan Ke ICU, KPJ Kajang

Lapor Harian Metro, bekas anggota kumpulan itu bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan kerana mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman.

Tahap kesihatan Suhaimi dipercayai mula menurun selepas dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit selama tiga bulan.

Di TikTok, suami kepada Ina Naim ini dilihat memuat naik satu perkongsian pada 5 November lalu memohon maaf kepada para pengikut.

Dia juga berterima kasih di atas perkenalan dan segala kebaikan para pengikut media sosialnya.

Di ruangan komen, orang ramai menitipkan doa semoga bekas penyanyi ini sembuh daripada penyakit yang dihadapinya. Mereka berharap isterinya Ina Naim tabah menghadapi ujian berat ini.

Kredit: TikTok @therealmosus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version