Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pasti ramai yang mengenali usahawan berjaya yang sering dikecam netizen kerana melakukan perkara yang tidak enak untuk dilihat di media sosial.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Aliff Syukri seakan membuat aksi dan gaya yang tidak senonoh untuk dipertontonkan di khalayak ramai.
Pihak YADIM tegur Aliff Syukri
Video yang dimuat naik Aliff itu kemudiannya ditegur pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempersoalkan tindakan usahawan kosmetik itu ketika melakukan promosi jualan tudung.
Terdesak sangat? Jangan sampai kufur nikmat.
Jauhi benda maksiat, agar kita semua selamat.
Bukan itu sahaja, pihak YADIM turut memaklumkan bahawa dosa akan berpanjangan selagi mana video itu ditonton dan dikongsi orang ramai di media sosial.
Iklan ‘s*ft p*rn’ tujuan nak majukan bisnes, beribu like, beratus orang share, tapi sedar tak sedar selagi mana orang tengok video itu, selagi itulah dosa berjalan. Allahuakbar.
Nak cari rezeki, gunalah cara halal. Banyak lagi cara lain. Kenapa pilih nak guna cara yang membuka aib sendiri.
Bagaimana pula hasil rezeki daripada konten maksiat macam tu. Beri makan kepada anak bini, beri kepada ibu bapa sendiri. Ingatlah kelak, semua akan disoal.
Untuk info, video yang dimuat naik Aliff Syukri itu turut menerima teguran daripada ibunya, Bonda Rozita Ibrahim yang tidak berkenan dengan cara anaknya itu mempromosikan perniagannya.