Dalam episod yang ditayangkan semalam, kesabaran Hayfa nampaknya sudah habis. Dia mencabar Adam untuk melepaskannya.
Babak tegang itu telah mengundang pelbagai reaksi penonton. Ramai yang meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Hayfa. Tak kurang juga yang menyalahkan Hayfa yang sebenarnya telah menjerat diri sendiri.
Di ruangan komen, para peminat memuji lakonan Ummi Nazeera yang menurut mereka ‘sampai’ ke hati. Meskipun hanyalah lakonan, penonton dapat merasakan kesedihan yang dilalui Hafya. Setiap dialog yang dilontarkannya menusuk ke jiwa!
Tak sabar nak tengok kesudahannya, apakah agaknya pengakhiran hubungan antara Adam, Hayfa dan Aisya? Korang team mana?