Difahamkan pesta di Riyard Boulevard itu telah berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat lepas serta hanya membenarkan pengunjung untuk masuk jika berpakaian menakutkan sahaja.
Petanda Umat Akhir Zaman
Menerusi satu posting di Facebook, Pendakwah Bebas, Ustazah Asma’ Harun berkata situasi ini sangat mengecewakan kerana negara itu sudah mula menerima pengaruh dan budaya barat yang sememangnya bercanggah dengan akidah Islam.
Ini bukan kali pertama, bahkan pada tahun 2018, pesta sebegini juga sudah diadakan, tetapi Arab Saudi melarang dan menangkap warganya yang terlibat. Namun sekarang semuanya sudah berubah, ia semakin diterima secara terbuka bahkan dirayakan secara besar-besaran serta disokong oleh pihak kerajaan. Allahuakhbar. – Ustazah Asma’
Ustazah Asma’ juga berkata sebagai Muslim, kita haruslah menyatakan bantahan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau.