Perkahwinan yang terjalin itu kadangkala boleh musnah dek kerana orang ketiga yang mengganggu keharmonian sesebuah rumahtangga. Pastinya, setiap anak mengimpikan perkahwinan kedua ibu bapa mereka untuk terus kekal hingga ke hujung nyawa.
Tular satu video di TikTok yang dipercayai berlaku di Indonesia, memaparkan seorang kanak-kanak meminta ibunya untuk membuang bapanya ke dalam tong sampah.
Menerusi video yang dimuatnaik pengguna @anakmamipintar itu, dapat dilihat kanak-kanak tersebut merengek sambil mengatakan bahawa terdapat wanita cantik yang bekerja bersama bapanya di tempat kerja.
Kemudian, anaknya itu meminta untuk membuang bapanya ke dalam tong sampah kerana bimbang ayahnya akan berkahwin dengan wanita lain.
Takut ibunya ditinggalkan
Perkongsian itu mendapat perhatian dan respon dari warganet yang mengatakan bahawa kanak-kanak itu terlalu sayangkan ibunya dan risau kalau-kalau ibunya akan ditinggalkan.
Mungkin adik ini ada terlihat gambar bapanya dengan wanita lain, sebab itu dia mula risaukan perkahwinan ayah dan ibunya.