Connect with us

Oh! Media

“Tak Pernah Rasa Ada Menantu” – Abby Abadi Bongkar Sesuatu, Sindir Aslam Tak Jalankan Tanggungjawab!

Abby Abadi Aslam Marissa Dania

Trending

“Tak Pernah Rasa Ada Menantu” – Abby Abadi Bongkar Sesuatu, Sindir Aslam Tak Jalankan Tanggungjawab!

Pelakon terkenal, Abby Abadi meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya, Ahmad Aslam, yang didakwa tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menantu sejak berkahwin dengan anaknya, Marissa Dania.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Abby berkata meskipun anaknya telah mendirikan rumah tangga, beliau tidak pernah merasakan kehadiran seorang menantu dalam hidupnya.

IKLAN

Sejujurnya saya tak pernah rasa seperti sudah ada menantu, tak pernah sebab memang tiada pun.

“Jangan samakan saya dengan Norman Hakim” – Abby Abadi

Abby turut menyentuh soal perbezaan dirinya dengan bekas suami, Norman Hakim. Katanya, beliau membesarkan anak-anak tanpa bantuan sesiapa dan menanggung segala-galanya sendiri.

Anak itu ditinggalkan dengan saya macam itu sahaja. Makan, minum, pakaian dan tempat tinggal saya uruskan sendiri.

Tak mahu dihukum netizen, pilih untuk simpan cerita

Walaupun dihimpit pelbagai spekulasi, Abby memilih untuk tidak membuka semua cerita dan berharap orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadapnya.

Tak dapat nak kongsi semua tapi kalau tak tahu jangan terus menghukum.

Krisis ini tercetus selepas segelintir pihak meminta Abby memohon maaf kepada isteri pertama Aslam, iaitu Umisya Mazlan. 

Namun, Abby membalas dengan menyatakan Aslam sendiri sepatutnya datang memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.

Hubungan kekeluargaan bukan sekadar ikatan atas kertas, tapi tanggungjawab dan hormat sesama insan. Jangan biar ego menghancurkan nilai keluarga.

Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas