Connect with us

Oh! Media

“Tak Perlu Risau” – Caprice Jawab Persoalan Tentang Kehilangan Ustaz Ebit Lew

Trending

“Tak Perlu Risau” – Caprice Jawab Persoalan Tentang Kehilangan Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew berusia 36 tahun merupakan seorang yang cukup dikenali masyarakat, dek kerana sikap suka menolong dan tak lokek bab menghulurkan wang kepada orang susah dan fakir, menjadi menyebab beliau kini disayangi oleh masyarakat.

ADVERTISEMENT

Beliau juga telah berlepas ke Mesir untuk misi kemanusia membantu rakyat Palestin pada 25 Mei lalu, Tetapi ia menjadi tanda tanya netizen oleh kerana pendakwah terkenal itu tidak mengemas kini sebarang hantaran di laman sosial miliknya.

Berdasarkan semakan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan Intagram milik Ebit Lew, kali terakhir beliau membuat hantaran adalah pada 27 Mei lalu sekaligus menzahirkan rasa khuatir netizen akan keselamatan beliau.

Akan tetapi, penyanyi rap Malaysia, Caprice memaklumkan kepada netizen agar tidak perlu risau kerana beliau berjaya menghubungi pendakwah terkenal itu melalui aplikasi Whatsapp awal pagi tadi.

Melalui hantaran yang dibuat Caprice melalui laman sosial Instagramnya, beliau telah memuat naik tangkap layar perbualannya dengan pendakwah terkenal itu

Hantaran yang dibuat Caprice di Laman Instagram miliknya menjawab persoalan kehilangan Ebit Lew

Melalui perbualan yang dikongsikan itu, Caprice sempat bertanya kepada Ustaz Ebit Lew berkenaan keadaan beliau di sana oleh sebab telah ramai pengguna sosial media menghantar pesanan kepadanya berkaitan kehilangan Ebit Lew.

Kemudian, ringkas Ebit Lew Menjawab, “Wasalam ok Caprice, doakan saya ye” sekaligus menjawab persoalan netizen selama ini.

Ustaz Ebit Lew dalam keadaan baik. Yang kongsi hantaran berkenaan ustaz hilang itu adalah berita palsu.

Caprice juga menambah supaya mengharap netizen untuk tidak berkongsikan berita palsu selain turut mengajak orang ramai mendoakan keselamatan Ustaz Ebit Lew.

Sentiasa doa untuk Ebit Liew. Beritahu kepada semua supaya berhenti sebarkan berita palsu itu.

Kredit : Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas