Beberapa kawasan di Kelantan kini sudah mula dinaiki air. Seperti tahun sebelumnya, ada keluarga yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Namun, seorang wanita yang sarat hamil lapan bulan mengambil risiko menetap di rumah kerana tak larat memanjat tangga tingkat 3 di PPS selain perlu berulang alik ke tandas.
Kata Roslina, dia mendapat khemah penginapan di tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial memandangkan kawasan bawah sudah penuh.
Ketika proses pendaftaran kelmarin, saya ada memaklumkan sarat mengandung dan kini hanya menghitung hari untuk bersalin memandangkan tarikh bersalin dijadualkan pada 15 Januari depan.
Katanya, hanya suami dan dua anak tidur di PPS sementara dia dan anak bongsu tinggal di rumah sementara keadaan air masih terkawal.
Alhamdulillah setakat ini masih terkawal dan disebabkan itu saya masih berani berada di rumah. Malah, suami juga sering pulang melihat keadaan saya.
Difahamkan, pekarangan luar rumahnya di Kampung Berek Pak Tua Long, Rantau Panjang Kelantan sudah dilanda banjir hampir satu meter sejak beberapa hari lalu.