Ekoran pergelutan itu, nama seorang wanita iaitu Farra Salleh didakwa oleh sesetengah pihak menjadi orang ketiga dan punca kepada keretakan rumah tangga pasangan itu.
Meskipun sering terpalit dengan kontroversi tersebut, Fara mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sehingga desas-desus itu surut dengan sendirinya.
Lama mendiamkan diri, baru-baru ini wanita berusia 29 tahun itu memaklumkan dirinya telah selesai mengerjakan ibadah umrah menerusi beberapa hantaran di laman Instagram miliknya.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang meluahkan rasa bangga dengan perubahan dirinya dan ada juga yang mendoakan semoga wanita ini tidak lagi mengulang kesilapan lama dengan mengganggu suami orang.