Dalam rakaman itu, kelihatan dua orang lelaki yang menunggang motosikal bergelut cuba melarikan beg tangan mangsa.
Nasib baiklah, ada abang Grab yang bertindak cepat dengan merempuh motosikal peragut sehingga mereka terjatuh. Selepas itu, kelihatan dua kenderaan lain turut berhenti untuk membantu mangsa.
Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 8.22 malam.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji keberanian abang Grab dan orang awam yang pantas membantu.
Tak kurang juga yang kagum melihat mangsa cuba mempertahankan barangan peribadinya meskipun berdepan risiko kecederaan.