Trending

Tak Dapat Guna Internet, Pengurus Masjid Diancam Sebab Tukar Password WiFi

Published on

Kejadian di Medan, Sumatera Utara, pengurus Masjid Al-Muslim telah diancam oleh dua orang pemuda dengan menggunakan parang kerana menukar password WiFi.

BACA: Terpaksa Pinjam WiFi Nenek Saudara Untuk Ulang Kaji

Menurut laporan Utusan, pengurus masjid itu telah didakwa menukar kata laluan WiFi di masjid tersebut menyebabkan dua orang lelaki itu berang.

Pemuda mengejar pengurus berkenaan

Perbuatan dua orang pemuda itu yang mengejar pengurus masjid dengan parang telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid tersebut.

Jurucakap polis, Rona Tambunan menyatakan kejadian itu berlaku kerana salah faham antara mangsa dan pelaku.

Polis sudah menahan dua suspek yang mengejar mangsa dengan parang dan berdasarkan siasatan, tiada kekerasan berlaku antara mereka.

Pelaku berang kerana tidak dapat menggunakan internet selepas kata laluan WiFi di masjid tersebut ditukar dan mangsa yang didakwa menukarnya.

Tukar password WiFi pun boleh jadi punca bergaduh. Semoga kita dijauhkan dari terjumpa dan terlibat dengan orang-orang yang macam ni.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Exit mobile version