Connect with us

Oh! Media

“Tak Cukup Lagi Ke Dengan Apa Saya Dah Bagi?” – Chazynash Tarik Balik Rumah, Kereta Dan Mutaah Bekas Isteri

Ohmedia ohmedia chazy nash

Trending

“Tak Cukup Lagi Ke Dengan Apa Saya Dah Bagi?” – Chazynash Tarik Balik Rumah, Kereta Dan Mutaah Bekas Isteri

Chazynash tarik balik rumah, kereta dan mut’ah bekas isteri selepas didakwa langgar perjanjian dan beri pengaruh buruk kepada anak-anak.

Kemelut rumah tangga pempengaruh media sosial, Chazynash, nampaknya semakin memuncak apabila dia mengambil keputusan untuk menarik semula segala pemberian termasuk rumah, kereta dan mut’ah yang sebelum ini diberikan kepada bekas isterinya.

BACA: Chazynash ‘Sound’ Bekas Isteri, Tak Teragak Dedah Punca Cerai Sebenar Jika Terus Cari Masalah

Menurut Chazy, tindakan tersebut dibuat selepas bekas isterinya didakwa berterusan melakukan provokasi, mencampuri kehidupan peribadinya dan mengingkari perjanjian asal yang telah dipersetujui secara baik.

IKLAN

“Saya akan bawa ke mahkamah, saya akan pertahankan hak sebagai bapa”

Dalam kenyataannya, Chazy menegaskan bahawa beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab termasuk memberi nafkah anak, menyediakan rumah selesa, menanggung semua kos utiliti, malah menghadiahkan kereta besar kepada bekas isteri tanpa meminta balasan.

Chazynash

Namun akibat gangguan yang tidak berpenghujung, beliau merasa dikhianati dan terpaksa menarik balik semuanya kerana perjanjian damai itu telah dilanggar.

Chazynash

Chazy juga meminta wanita itu keluar dari rumah dan berpindah ke rumah adiknya, Yunus Morat, memandangkan semua urusan harta dan hak penjagaan anak-anak akan dibawa ke mahkamah.

Saya manusia biasa, bukan sempurna. Saya tak mampu ikut jejak Chef Wan.

Kenyataan terakhir Chazy itu jelas menggambarkan betapa penat dan kecewanya dia dalam menghadapi konflik ini secara berpanjangan.

Beliau memohon maaf kepada masyarakat atas segala kekecohan yang berlaku dan berharap segalanya dapat diselesaikan melalui saluran yang betul.

Pssttt! Kadang-kadang dalam perceraian, yang jadi mangsa ialah anak-anak. Harap isu ini selesai secara matang dan profesional di mahkamah.

Kredit: Instagram Chazynash
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas