Kecoh di media sosial sekarang ini mengenai seorang influencer terkenal yang dikecam netizen gara-gara tidak menggunakan pengaruh yang ada menyebarkan kesedaran mengenai pergolakan Palestin.
Influencer yang mempunyai 1.1 juta pengikut di TikTok itu rupanya ada sebab-sebab tersendiri. Dia telah tampil dengan satu video penjelasan namun dipadam tak lama selepas itu.
Ingatkan dah reda la kan? Tetapi netizen nampaknya masih tak berpuas hati mendakwa influencer ini beri alasan yang tak munasabah.
Korang dengar lah sendiri alasannya di video yang sempat dirakam pengguna TikTok Ego Alster ini.
Ibu kepada seorang anak ini kemudian tampil meminta maaf kepada netizen yang terasa dengannya. Katanya, dia mempunyai cara yang berbeza dalam memberi kesedaran dan dia tak terdaya nak puaskan hati semua orang.