Semalam menyaksikan detik yang paling mendebarkan bagi calon SPM 2021 apabila keputusan peperiksaan akhirnya diumumkan.
Seramai 9,696 daripada 407,097 calon mendapat semua A manakala 1,655 gagal.
BACA: Debaran Sudah Berakhir, Seramai 9,696 Calon SPM 2021 Peroleh Semua A, 1,655 Gagal
Anak kepada jaguh bina badan negara, Sazali Samad iaitu Hisyamuddin turut mencatatkan kecemerlangan apabila memperoleh keputusan 9A.
Lebih mengharukan apabila Sazali turut dilihat menemani anaknya itu dan mereka berpelukan erat sebaik guru memanggil namanya ke pentas.
Seperti ibu bapa yang lain, Sazali meluahkan rasa bangga dan tersenyum melihat kejayaan anak. Atlet ini turut merakam anak menunaikan solat sunat bagi mensyukuri kejayaan yang diperolehnya itu.
Tahniah anakku Hisyamuddin 9A bangga ayah, mak dan family semua.. Syukur pada Allah atas keizinanNya. Terima kasih kepada guru besar, cikgu-cikgu yang mengajar, mendidik murid-murid semua.
Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada guru besar serta guru-guru yang telah mendidik para pelajar sehingga berjaya.
Iyalah, calon-calon SPM 2021 mesti menghadapi tekanan yang berbeza apabila mereka perlu belajar secara online akibat pandemik Covid-19. Tahniah diucapkan.
Kepada yang kurang cantik keputusannya, tak mengapa lebih banyak kejayaan menanti korang. Jangan putus asa!
Kredit: TikTok @sazali.samad
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.