Nama pelakon veteran, Mak Wan Latah kembali hangat diperkatakan selepas bekas pengurus peribadinya dikenali sebagai Amell membuat dakwaan mengejutkan di TikTok.
Perkongsian yang dibuat di akaun TikTok official_amell77 itu sehingga kini mendapat lebih 4 juta tontonan.
Pelbagai reaksi yang diberikan netizen dan rata-ratanya tidak percaya ekoran Mak Wan sering membawa watak wanita lemah lembut di televisyen.
Meninjau ke akaun TikTok Mak Wan pula, pelakon itu dilihat memuat naik satu video di mana dia telah memberi pesanan secara umum.
Syafakallah buat diriku aminn. Kita ni pendosa cukup cukup lah. Kita perbaiki diri kita untuk kita sampai ke sana. Risau nanti disoal mara buka tak tahu nak jawab.
Namun, perkongsian tersebut tidak dinyatakan sama ada ianya ditujukan kepada sesiapa. Mak Wan juga setakat ini tidak memberi sebarang respon kepada isu yang dikaitkan dengan dirinya.