Semalam polis telah menahan seorang remaja perempuan yang merupakan rakan sekolah kepada arwah adik Surya yang mati dibunuh kejam. Tangkapan dibuat selepas pihak polis melihat bukti CCTV berhampiran rumah burung di rumah mangsa.
Walaubagaimanapun, dikatakan keterangan yang diberikan suspek sangat mencurigakan, didapati juga ada kesan gigitan pada lengan dan badannya. Siasatan di rumah suspek dijalankan dan mendapati ada peralatan solek dan wang tunai milik adik Surya.
Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek datang ke rumah mangsa. Kemudiannya, berlaku kata-kata yang menimbulkan kemarahan suspek sebelum mengambil pisau dan mengelar tangan mangsa sehingga putus. Sayu hati apabila dapat tahu keadaan ibu mangsa yang hanya mampu melihat anaknya mati dibunuh kerana terlantar sakit.
Menurut laporan Harian Metro, suspek yang merupakan pelajar tingkatan enam itu direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh.