Connect with us

Oh! Media

Suami Orang Dicekup Khalwat, Bersembunyi Di Balik Langsir!

Ohmedia suami orang tangkap khalwat

Oh! Tidak

Suami Orang Dicekup Khalwat, Bersembunyi Di Balik Langsir!

Seorang lelaki yang juga suami orang sanggup bersembunyi di balik langsir tingkap rumah teman wanitanya ketika dicekup berkhalwat dalam serbuan pihak berkuasa di Kampung Pondok Labu Keladi, Kulim.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1.20 pagi itu melibatkan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) bersama imam masjid kariah berkenaan.

Berkenalan di media sosial, selalu bermalam di rumah teman wanita…

Image

Lelaki berusia 32 tahun yang berasal dari Sabah dikatakan sudah berkahwin, namun mendakwa isterinya telah lari mengikut lelaki lain. Sementara itu, wanita berusia 37 tahun yang masih bujang itu pula dikatakan sudah setahun berkenalan dengannya di media sosial.

IKLAN

Difahamkan, lelaki berkenaan sering bermalam di rumah wanita itu sejak ibu bapanya berpindah ke Jitra.

Dicekup dalam keadaan mencurigakan…

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di rumah tersebut.

Ketika pemeriksaan dijalankan, rumah berkenaan didapati berkunci dari dalam. Selepas mengetuk pintu beberapa kali, seorang wanita hanya bertuala akhirnya membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui lelaki terbabit di balik langsir tingkap rumah berkenaan dengan hanya memakai seluar tanpa baju.

Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka adalah pasangan suami isteri atau mahram.- Katanya.

Lelaki itu memberi alasan bahawa dia selalu menghantar wanita berkenaan pulang kerja dan mengambil kesempatan untuk bermalam di situ kerana tiada sesiapa di rumah.

Ditahan dan disiasat bawah enakmen syariah…

Pasangan itu kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat..

#ApaKataOhmedia

Korang, jangan sesekali mengambil kesempatan atas ketiadaan orang lain di rumah untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Bila dah tertangkap, bukan saja maruah diri tercalar, tapi juga keluarga turut menanggung malu.

Jika ada masalah dalam perkahwinan, selesaikan dengan cara yang betul dan jangan cari jalan yang boleh membawa kepada dosa dan hukuman.

Ohmedia suami orang tangkap khalwat

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas