Trending
“Stop Cakap Saya Tak Sayang Badan, Gila Ke..” – Ayunie Hamil Lagi Selepas 8 Bulan Bersalin ‘Czer’
Anees Ayunie nafi dimarahi doktor kerana hamil lagi dalam waktu dekat.
Baru-baru ini, pempengaruh media sosial dan usahawan Anees Ayunie mengumumkan dirinya hamil lagi selepas 8 bulan melahirkan anak secara pembedahan.
Perkongsian Ayunie itu bagaimanapun mengundang reaksi negatif daripada netizen yang menuduhnya tak sayang badan.
“Tahu-tahu pregnant lagi” – Ayunie

Menjawab kepada tuduhan itu, Ayunie berkata, dia menerima sokongan daripada doktor yang memantau kesihatan dirinya.
Ayu menjelaskan bahawa dia tidak dimarahi doktor seperti yang dialami ibu-ibu yang lain. Malah, doktor yang merawatnya sangat memahami dan sentiasa menenangkan dirinya sepanjang kehamilan kali ini.

Meskipun menerima kritikan, Ayu kekal positif dan berdoa agar kandungan kali ini dipermudahkan serta membawa rezeki buat keluarganya.

Pssttt! Apa yang penting, Ayunie kekal kuat dan tenang mengharungi perjalanan kehamilan kali ini. Semoga semuanya berjalan lancar buatnya dan bayi dalam kandungan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM