Connect with us

Oh! Media

Staf Dedah Sesuatu Mengenai Kieda Crepe Dan Beri Peringatan Kepada Pelanggan

Ohmedia kieda Crepe

Trending

Staf Dedah Sesuatu Mengenai Kieda Crepe Dan Beri Peringatan Kepada Pelanggan

Isu herpes cetus kebimbangan pelanggan Kieda Crepe House, staf tampil beri penjelasan. Ketahui lanjut di sini!

Susulan isu jangkitan herpes yang melibatkan usahawan sensasi, Kieda Crepe, segelintir pelanggan mula meluahkan kebimbangan terhadap tahap kebersihan premis Kieda Crepe House.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Tiktok, staf kedai berkenaan yang dikenali sebagai Alya, tampil membaca dan memberi respon terhadap komen-komen netizen yang gusar untuk membuat pembelian.

Staf Kieda Crepe beri penjelasan

@kiedacrepehouse

Terima kasih atas semua nasihat , kami cuba yang terbaik untuk semua tetamu #kiedacrepehouse . 🙏🏻 BIG TOUR KIEDA CREPE 3.0 – PAHANG 🎢🔥 🗓️28.6.2025 ✨ SABTU ⏰ 9 PAGI SAMPAI HABIS 📍STADIUM MINI TEMERLOH 💸 PEMBELIAN CREPE BY COMBO & TIADA LIMIT 🫶🏻 …………………………………………………. BIG TOUR KIEDA CREPE 3.0 – JOHOR BATU PAHAT 🎢🔥 🗓️5.7.2025 ✨ SABTU ⏰ 9 PAGI SAMPAI HABIS 📍LOTUS PARIT RAJA , BATU PAHAT 💸 PEMBELIAN CREPE BY COMBO & TIADA LIMIT 🫶🏻 @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE

♬ original sound – KiedaCrepeHouse – KiedaCrepeHouse

Dalam responnya, Alya menjelaskan bahawa Kieda kini berehat di rumah atas nasihat doktor, dan langsung tidak menguruskan penyediaan makanan di kedai miliknya buat masa ini.

IKLAN

Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Kieda berehat di rumah buat masa sekarang.

Dia tak kendalikan makanan dan tak masuk ke bahagian produksi. Kalau nampak dia live pun, banyak di rumah je sekarang.

Tambahnya, Kieda hanya hadir ke premis sekadar untuk mengambil barang-barang peribadi, bukan untuk melibatkan diri dalam operasi makanan.

Pelanggan disaran tidak was-was

Suami Kieda Crepe

Alya turut menasihati pelanggan agar tidak bimbang tentang tahap kebersihan makanan kerana proses pengendalian dikendalikan oleh staf yang mengikuti prosedur kebersihan yang ketat.

Bagi yang was-was dengan makanan yang ada di Kieda Crepe House, jangan risau. Kieda tak terlibat langsung dalam pengendalian makanan.

Pssttt! Dalam situasi sebegini, penting untuk kita dapatkan maklumat sahih sebelum membuat spekulasi. Jaga kesihatan, tapi jangan sebar panik tanpa asas.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas