Di TikTok, tular perkongsian seorang lelaki memaparkan babak di belakang tabir filem Mat Kilau tujuh tahun lalu.
Pengguna TikTok @thenazfamily mengatakan bahawa filem Mat Kilau sebenarnya sudah menjalani penggambaran pada 2014 yang menelan belanja sebanyak RM2.5juta.
Filem itu dipercayai menjalani penggambaran semula dengan pengarah dan pelakon berlainan. Punca penggambaran semula dilakukan bagaimanapun tidak dinyatakan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi terbang-terbang pelakon dari atas pokok. Ada juga babak di mana pelakon terjun ke bawah dari bumbung rumah. Lain macam!
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang berseloroh mengenai hasil filem itu apabila Shuk Sahar turut kelihatan di hujung-hujung video.