Selepas setahun bercerai dengan pasangannya, pelakon Sharifah Sakinah dikhabarkan sudah mempunyai teman lelaki baharu.
Memetik dari portal Utusan, Sakinah dikatakan sudah menjalinkan hubungan istimewa bersama jejaka pilihan hatinya yang bukan berasal daripada keturunan Melayu.
Dalam pada itu, kemungkinan Sakinah sudah tabah selepas dua kali mengalami kegagalan rumah tangga dan tidak mahu bersedihan terlalu lama.
Bila Cik Bunga dengar dia sudah ada pengganti yang baru, jujurnya kita pun gembira juga. Dengarnya, kekasih baru Sakinah ni pun Mat Salleh juga macam bekas suami terdahulu.
Orangnya tampan juga, dan khabarnya menetap di Bali, Indonesia. Kalau tak silap, kekasihnya itu merupakan seorang usahawan. Cuma tak pastilah usahawan apa.
Malah, turut dimaklumkan teman lelakinya itu seorang yang menjaga hatinya dan boleh melayan ‘kepala gila’ pelakon itu sebagaimana yang orang tahu.