Bermula jam 12.01 tengah malam tadi, ribuan rakyat Malaysia akhirnya pulang ke tanah air selepas lebih dua tahun terkandas di Singapura akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alhamdulilah!
BACA: Sempadan Negara Buka 1 April, Ini 13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang
Memetik laporan Harian Metro, tambak Johor menyaksikan kemasukan kenderaan persendirian yang luar biasa sehingga jam 4 pagi.
Ada yang berjalan kaki
Selain kenderaan persendirian, lebih separuh daripadanya pulang berjalan kaki dan menaiki basikal beramai-ramai melintasi tambah sejauh 2.5 kilometer.
Hasil tinjauan pihak media ke lokasi, deretan motosikal dan kereta dilihat beratur menunggu giliran di laluan masing-masing.
Lebih menghibakan apabila ada yang melaungkan kalimah Allahuakbar, lagu Negaraku dan Balik Kampung sambil menangis tanda kesyukuran.
Kepulangan ditunggu-tunggu
Kredit: Harian Metro | TikTok @huuraa_ | @hazrey_ab
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.