Trending

Semalam Dating, Hari Ini Kekasih Jadi Tunangan Orang

Published on

Dalam sesebuah perhubungan, kepercayaan dan kejujuran merupakan elemen paling utama. Iyalah, tiada guna bercinta kalau salah satu pasangan tidak jujur dan ‘pasang’ lain di belakang kan?

BACA: Nampak Gadis Lain Dalam Istikharah, Tunang ‘Cancel’ Nikah 2 Hari Sebelum Majlis

Seperti kisah tular di TikTok ini, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila kekasih hati tiba-tiba bertunang secara senyap-senyap dengan orang lain.

Gf bertunang dengan orang lain

Lebih menyedihkan apabila mereka sempat keluar ‘dating’ sehari sebelum kekasih bergelar tunangan orang.

Hebat permainan dia, semalam keluar elok-elok, hari ini dah jadi tunang orang lain, manusia memang takda hati perut macam ni gamaknya.

Perkongsian tersebut sehingga kini mendapat lebih 2 juta tontonan di TikTok. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dan memberikan kata-kata semangat supaya individu ini kekal kuat.

“Mana hati perasaan dia?”

Menurut lelaki ini, dia memang ‘down’ teruk saat menerima berita kekasih sudah bertunang. Jelasnya, jika tahu kekasih sudah berpunya dia tidak akan tergamak untuk mendekati gadis itu.

Hmm, memang sakit bila kena macam ni kan? Apa-apa pun semoga bro ni tabah. Bunga bukan sekuntum!

Kredit: TikTok @terlalucomplicated

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version