Semalam, satu kejadian ribut dan puting beliung dilaporkan berlaku di sekitar bandar Ipoh, Perak. Kejadian yang berlaku pada jam 6 hingga 6.30 petang itu menyebabkan kira-kira 300 buah rumah rosak.
Memetik laporan Utusan, ribut menyebabkan pokok tumbang merintangi jalan dan menghempap kenderaan. Antara lokasi yang terjejas adalah Kampung Tawas, Taman Tasik Damai, Taman Desa Seri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya..
Kejadian ribut di Ipoh
Prihatin dengan kejadian itu, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dan tim telah turun padang menghulurkan bantuan. Memang pantas betul, semalam kejadian hari ini terus sampai!
Misi ke rumah musnah kesan ribut dan puting beliung. Doakan kami tengah order zink dari KL sekejap lagi sampai. Sebab kedai hardware sini tutup cuti.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook itu, Ebit Lew memberitahu di Kampung Tawas kebanyakan rumah orang Cina yang dalam persiapan menyambut tahun baru habis rosak. Buat sementara waktu, mereka menumpang di dewan orang ramai.