Trending
“Selalu Saya ‘Date’ Dengan Dia. Kenapa?” – View Chin Tunjuk ‘Tangga’ Bersama Mira Luangkan Masa
Siapa saja yang tidak kenal dengan pempegaruh bernama View Chin, dimana namanya sejak bulan lalu menjadi bualan ramai dek isu berlaku curang terhadap isteri dengan staf sendiri, Mira.
Malah, kisah dirinya berlaku curang bersama Mira di ‘tangga’ pejabat juga menjadi sorotan ramai setelah isteri sendiri, Shermine Ah Moi mendedahkan bukti mesej di laman Facebook.
Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok rakaman live View Chin menunjuk tempat dating bersama skandalnya itu.
Melalui video tersebut, influencer tersebut dengan rasa bangganya bercerita sambil menunjuk tangga yang menjadi lokasi mereka meluangkan masa ‘bahagia’ bersama.
Ini tangga hebat loh, ini selalu saya date dengan Mira. Kenapa? Sebab tangga ini boleh sampai studio aku.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat View Chin sama sekali tidak mempunyai perasan bersalah mempunyai hubungan sulit dengan Mira biarpun sudah ‘kantoi’.
Kredit: Tiktok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM