Di TikTok, orang ramai berdebat mengenai pesanan orang dulu-dulu supaya membasahkan pinggan dengan sedikit air untuk rezeki yang tidak putus.
BACA: Akibat Percaya Petua TikTok, Kucing ‘Berubah’ Menjadi Lebah
Ini berikutan video yang dibuat seorang individu memaparkan dia mencurahkan air ke dalam pinggan selepas makan di restoran.
Perbuatan itu ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen terutama pelayan restoran. Menurut mereka, perbuatan itu akan menyusahkan pelayan yang mengangkat pinggan kotor tersebut.
Kadangkala mereka tidak perasan dan air akan tumpah. Namun, jika di rumah sendiri adalah tidak salah petua orang dulu-dulu ini diamalkan.
Apa pendapat korang pula? Ada yang masih amalkan petua ini?
Kredit: TikTok @rasyiqahjasmi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.