Pelakon dan usahawan, Nadia Brian meluahkan rasa berang dengan tindakan seorang influencer TikTok yang secara tiba-tiba menengkingnya di hadapan orang ramai di karnival jualan Starvendors, Johor Bahru.
Dalam video tular, influencer TikTok dikenali sebagai Madam Mariyah dilihat memegang tangannya dan jerkah bertanya adakah Nadia kenal dirinya.
Nadia Brian ditengking depan orang ramai
Pelakon ini berasa sangat sedih dipergunakan untuk content tanpa meminta izinnya terlebih dahulu. Jelas Nadia ketika itu dia cuba untuk kawal perasaaan dan menghormati wanita itu sebagai orang yang lebih tua.
Janganlah rasa bila kita ada duit kita boleh buat macam-macam dekat orang. Sampai hilang adab! Nadia pergi ke event untuk cari rezeki sampai hilang suara menjual.
Pelakon filem Ratu Kala Jengking ini tidak sangka wanita itu sanggup menggunakan maruah orang lain dan memalukannya dengan alasan membuat content media sosial.
Terbaru, influencer TikTok itu tampil dengan video permohonan maaf sekiranya video viral itu telah menyinggung hati Nadia Brian.
Kredit: TikTok Nadia Brian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.