Connect with us

Oh! Media

“Saya Tetap Pilih Suami Korea” – Kim Seri Jawab Persoalan Netizen

Kim Seri

Trending

“Saya Tetap Pilih Suami Korea” – Kim Seri Jawab Persoalan Netizen

Kim Seri pasrah soal jodoh selepas terima mesej netizen, akui reda jika suami temui wanita lain di sebalik kontroversi penipuan pakej Korea.

Pempengaruh, Kim Seri berkongsi tangkap layar mesej seorang pengguna media sosial yang mendakwa sekiranya dia dipenjarakan, suaminya berkemungkinan akan mencari wanita lain dan berpisah dengannya.

Menurut laporan Astro Gempak, Kim Seri dilihat tidak melatah dan memilih untuk bersikap tenang dan berserah kepada ketentuan Ilahi.

Di fasa tidak lagi menggengam segalanya terlalu erat. Kalau memang milik saya, akan tetap jadi milik saya. Kalau dia menemui lebih baik, alhamdulillah saya bersyukur dan tetap akan berbahagia untuk dia.

“Saya tetap akan memilih suami Korea” – Kim Seri

Kim Seri

Dalam hantaran sama, Kim Seri menegaskan bahawa soal jodoh adalah ketentuan Tuhan dan dia kini berada dalam fasa menerima apa sahaja kemungkinan yang berlaku dalam hidupnya.

IKLAN

Katanya, jika selepas keluar dari penjara dia tidak lagi bersama suaminya dan ditakdirkan bertemu jodoh baharu, dia sudah pun membuat pilihan.

Cuma kalau dah keluar penjara dan dia bukan milik saya lagi dan ditakdirkan saya berjodoh lagi, saya akan tetap memilih suami Korea.

Kontroversi penipuan pakej pelancongan Korea

Kim Seri

Terdahulu, nama Kim Seri menjadi perhatian selepas beberapa individu mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikendalikan pempengaruh itu.

Susulan itu, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.

Bagaimanapun, sebahagian mangsa mendakwa sehingga kini masih belum menerima bayaran balik.

Pssttt! Dalam apa jua ujian, ketenangan dan kejujuran adalah kunci. Menyelesaikan amanah dengan bertanggungjawab lebih penting daripada segalanya.

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas