Trending
Sathiya Tidak Sedarkan Diri, Doktor Cadang Potong Kaki
Pelawak veteran Sathiya kini tidak sedarkan diri di Hospital Ampang. Doktor cadang potong kaki kiri atas paras lutut.
Pelakon dan pelawak veteran Sathiya kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Hospital Ampang sejak awal pagi tadi. Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh anak perempuannya, Amani.
Menurut laporan Harian Metro, Sathiya dikejarkan ke hospital kira kira jam 1.30 pagi selepas keluarga menyedari dia tidak lagi dapat berkomunikasi dengan jelas. Keadaan ini membuatkan ahli keluarga mula bimbang dengan kesihatannya.
Keadaan kesihatan Sathiya merosot secara tiba-tiba

Amani berkata keadaan kesihatan Sathiya mula merosot sejak malam semalam apabila bapanya mengadu pening kepala. Selain itu, dia juga mengalami simptom mata menjadi kekuningan serta muntah-muntah.
Lebih membimbangkan, Sathiya juga didapati tidak mampu memberi respons yang jelas ketika bercakap. Situasi ini membuatkan keluarga mengambil keputusan untuk segera membawanya ke hospital.
Keadaan kesihatan ayah merosot selepas mengadu pening kepala serta mengalami simptom mata menjadi kuning dan muntah muntah sejak malam semalam. Kita cakap satu, dia respons satu.- Katanya.
Doktor cadang potong kaki kiri atas paras lutut

Selepas menjalani beberapa pemeriksaan termasuk ujian darah dan X ray, doktor mendapati Sathiya memerlukan rawatan lanjut. Pemeriksaan turut mendapati masalah pada kaki kirinya yang pernah menjalani pembedahan sebelum ini semakin serius.
Menurut Amani, pakar perubatan memaklumkan kaki kiri bapanya terpaksa dipotong sekali lagi bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian lain badan. Kali ini pembedahan dicadangkan dilakukan di atas paras lutut.
Dalam masa sama, keadaan kaki kanan Sathiya juga dilaporkan mengalami bengkak yang agak serius. Ini menambahkan lagi kebimbangan keluarga terhadap keadaan kesihatannya ketika ini.
Ketika ini, Sathiya ditempatkan di Zon Kuning Hospital Ampang sementara menunggu kekosongan wad dan pemantauan lanjut daripada pakar ortopedik.
Pssttt! Ohmedia harap keadaan Sathiya segera bertambah baik dan diberi kekuatan untuk melalui ujian ini. Kadang kadang bila badan dah bagi tanda sakit, jangan tunggu lama untuk dapatkan rawatan. Kesihatan memang tak boleh dipandang ringan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM