Tak dapat tahan sebak, ibu kepada mangsa bunuh suami sendiri menangis saat berhadapan dengan menantunya di lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah, Perak.
BACA: Isteri Minta Fasakh Jadi Punca Suami Tergamak Tikam Sampai Mati
Menerusi video yang dimuat naik Malaysia Gazette, Rozita Radzuan meluahkan kata-kata kesal kepada suspek yang sanggup membunuh anaknya.
Suspek dalam keadaan bergari diiringi anggota polis sempat meminta maaf sebelum berlalu pergi.
Pada 20 Jun lalu, suspek menyerah diri ke balai polis selepas menikam isteri dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah Perak.
Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati kerana mangsa mahu meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.
Abang mangsa pula mendedahkan, adiknya telah menerima ugutan jenayah termasuk bunuh sejak lebih setahun lalu.
BACA: Abang Dedah Suspek Berulang Kali Ugut Dan Pukul Mangsa, Culas Bagi Nafkah
Kredit: Malaysia Gazette | TikTok iamsyiran
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.