Tatkala isu pernikahan Syamsul Yusof dan Ira Kazar sedang hangat, seorang pengguna Facebook telah mengujarkan pendapatnya bahawa tindakan pelakon tersebut adalah seperti sunnah Nabi. Eh, serius lah?
Posting dimuat naik oleh individu yang juga merupakan seorang peguam itu telah mendapat perhatian warganet termasuk penceramah bebas, PU Syed.
Hina Nabi
Pendakwah bebas, PU Syed menempelak kenyataan milik peguam tersebut dan mendakwa bahawa kenyataan itu dianggap menghina Nabi.
Boleh kamu hina Nabi Muhammad Sallahu’Alaihi Wasallam? Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang PDRM untuk ambil tindakan.
Tambahan, PU Syed meminta pihak berkuasa untuk menahan peguam tersebut agar ajaran songsang diberinya tidak menyesatkan orang ramai.