Trending

Saintis Sahkan Amber Heard Miliki Rupa Paras Paling Cantik Dan ‘Sempurna’ Di Dunia!

Published on

Sejak kalah kes saman fitnah terhadap Johnny Depp, Amber Heard kini menjadi tumpuan dalam topik bualan orang ramai. Korang tahu tak, sebenarnya Amber Heard ni memiliki rupa paras paling cantik dan sempurna di dunia?

BACA: Lepas Kena Bayar Saman Fitnah $8.3 Juta, Amber Heard Kantoi Shopping Dekat Tempat Murah

Mungkin beberapa bulan ini Amber Heard dicemuh oleh netizen akibat perbuatannya yang tidak bermoral terhadap Johnny Depp, namun dari segi kecantikan, Amber Heard dikategorikan sebagai wanita yang memiliki bentuk wajah yang hampir sempurna tau!

Menerusi Sinarplus, fakta kecantikan Amber Heard ini disahkan oleh saintis Golden Ratio yang menggunakan nisbah 1.618 merujuk kepada formula perkadaran yang dikatakan mengenal pasti wajah yang paling sempurna secara matematik.

Dr Julian De Silva, Pakar Bedah kosmetik Britain telah ishtiharkan skor muka Amber adalah 91.85 peratus, iaitu hampir sempurna selepas dinilai dengan teknologi pemetaan muka digital. Woww kan?!

Jadi, sudah terbukti Amber Heard merupakan wanita yang paling cantik dan hampir sempurna apabila menggunakan piawaian saintifik.

Tapi cantik sahaja tak boleh boleh beri kebahagiaan kan? Kalau dah ada rupa, tingkah laku pun mestilah seiring dengan kecantikan, baru sempurna. Betul tak? Hehe.

Kredit: Sinarplus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Exit mobile version