Trending

Rossa Sera ‘Report’ Polis, Dakwa Ada Pihak Cuba Aibkan Dirinya Dengan Video Lama

Published on

Tular di media sosial hari ini rakaman video memaparkan bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera sedang ‘dating’ dengan seorang lelaki.

BACA: Tular Video Wanita Mirip Bekas Isteri Shuk Sahar Sedang ‘Dating’ Dengan Seorang Lelaki

Dalam video itu, Rossa dilihat hanya memakai topi menampakkan rambut sambil berpelukan membuatkan netizen terkejut.

Menjawab kepada isu itu, Rossa tampil dengan satu penjelasan lanjut. Katanya, itu adalah video lama dan dia kini bersama dengan orang lain.

Jelasnya lagi, dulu dia pernah membuat laporan polis selepas ada pihak tertentu cuba untuk mengaibkannya.

Hari ini, sekali lagi ianya berlaku dan Rossa Sera akan membuat laporan polis pada pihak yang cuba mengaibkan dirinya dengan video-video lama.

Kredit: Instagram Rossa Sera

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version