Connect with us

Oh! Media

Rizky Febian Dan Mahalini Bertunang Selepas Setahun Bercinta

rizky-mahalini-bertunang

Oh! Artis

Rizky Febian Dan Mahalini Bertunang Selepas Setahun Bercinta

Pasangan penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini akhirnya telah selamat bertunang pada 7 Mei 2023 di The Langham, Jakarta selepas setahun tiga bulan bercinta.

ADVERTISEMENT

Berita gembira itu dikongsikan kepada umum selepas memuat naik foto di Instagram rasmi milik muzik label penyanyi itu, RFAS Music.

Majlis pertunangan mereka dihadiri 200 tetamu dari ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut. Penyanyi lagu Hingga Tua Bersama itu memberitahu tentang tujuan kehadirannya dan sempat bertanyakan kepada kekasih hatinya untuk dilamar dihadapan keluarga.

Hari ini merupakan hari yang spesial buat saya, ketika saya memantapkan diri saya. Disini, saya tidak sendiri, saya bersama keluarga besar, dan begitupun Mahalini bersama keluarga besar.

Intinya, tidak ada banyak kata yang boleh saya ucapkan disini. Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi yang lebih baik, dan mempunyai tujuan yang tulus, dan ingin meminta izin kepada Papa, Dadong, Kak Dion, Ka Jody, Ka Ugek, dan Kak Nindi. Mungkin saya memang tidak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri tapi izinkan saya nanti boleh memperbaiki diri bersama dengan Mahalini. Terima kasih!.

Tambahan, Rizky atau lebih mesra dipanggil Iky pernah berkongsi bahawa dia memilih privasi setiap kali ditanya soal perkahwinnya bersama Mahalini sewaktu sidang media konsertnya, Rizky Febain Live In Kuala Lumpur pada 20 November.

Doakan saja semoga ada sampai ke tahap itu malah di Indonesia saya tak pernah membicarakan tentang hal ini. Kini, kami mahu kejar impian masing-masing.

Jadi biar soal itu menjadi sebuah rahsia saya dan dia tetap kami mempunyai perancangan ke arah itu, jadi doakan.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas