Trending

Rita Rudaini Beri Bayang Sudah Bernikah Undang Perhatian Netizen

Published on

Baru-baru ini, perkongsian pelakon wanita Rita Rudaini menjadi perbualan hangat di kalangan peminat pelakon itu.

Perkongsiannya itu seolah-olah memberi bayangan yang aktres itu telah menamatkan zaman solo setelah bergelar ibu tunggal dua anak selama hampir 10 tahun

Dalam satu hantaran Instagram pelakon itu, Rita ada memuat naik foto dan video memaparkan dia berada di majlis perkahwinan dan menulis kapsyen “Alhamdullilah”.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan sama ada Rita telah berkahwin dan majlis diadakan secara rahsia.

Dalam pada itu, peminatnya turut mengucapkan tahniah buat Rita jika benar majlis perkahwinan itu adalah majlisnya.

Rupa-rupanya, majlis tersebut merupakan majlis perkahwinan anak saudaranya yang diadakan di suatu lokasi yang tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, netizen tetap mendoakan agar Rita bertemu jodoh dan menemui kebahagiaannya dalam rumah tangga tidak lama lagi.

BACA: “Bila Hati Kau Dah Membusuk Dan Berulat, Bab* Hutan Pun Nampak British Short Hair” – Rita Rudaini

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini mengundang persoalan ramai apabila memuat naik hantaran di Instagram Story seolah-olah memberi ‘pesanan’ kepada seseorang.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version