Oh! Artis

Respon Nabila Huda Bila Tengok Video Abang Tesla Pujuk Isteri, Shila Amzah Pun Berang!

Published on

Tular di media sosial sejak semalam video memaparkan seorang influencer terkenal TikTok solat subuh berjemaah bersama isteri sambil diiringi air mata.

Difahamkan, video dirakam beberapa jam sebelum dia bernikah dengan isteri kedua. Lelaki itu menjelaskan perkahwinan kedua tersebut mendapat restu daripada isteri pertama.

BACA: Abang Tesla Kongsi Video Pujuk Isteri Menangis Waktu Subuh Sebelum Nikah Satu Lagi

Namun begitu, orang ramai meluahkan rasa kurang selesa apabila momen peribadi seperti itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial.

Apatah lagi apabila isteri pertama dilihat menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya. Antara selebriti yang bersuara adalah pelakon Nabila Huda dan Shila Amzah.

Menurut Shila, jika benar suami menyayangi isteri pertama dia tak akan tergamak untuk berkahwin lain. Malah, video kononnya untuk menunjukkan penghargaan terhadap pengorbanan isteri tak sepatutnya wujud apabila si suami mengambil keputusan menduakan kesetiaan isterinya.

Haih, panas betul isu ini kan?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Exit mobile version