Trending

Ramai Pesakit Kategori 4 Dan 5 Merupakan Penerima Sinovac, KJ Seru Ambil Dos Penggalak

Published on

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia menyatakan di laman Twitter beliau, kebanyakan pesakit Covid-19 dalam kategori empat dan lima yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh merupakan penerima vaksin Sinovac.

BACA: Kebanyakan Kes Datang Dari ‘Close Contacts’, Rakyat Perlu Amalkan TRIIS – KJ

Sebelum ini, kerajaan telah menyatakan bahawa penerima vaksin Sinovac sudah boleh menerima booster shot tiga bulan selepas penerimaan dos kedua.

Keberkesanan vaksin Sinovac berkurangan lebih cepat

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh Khairy Jamaluddin di laman Twitternya, data itu menunjukkan perbezaan penerima vaksin jenis AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac untuk pesakit dalam kategori empat dan lima. Namun, yang paling ketara, penerima Sinovac merupakan pesakit yang paling ramai dalam kategori itu.

Mengapa selang masa dos penggalak untuk Sinovac tiga bulan berbanding Pfizer atau AstraZeneca enam bulan?

Walaupun Sinovac berkesan, tetapi, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan lebih cepat.

Sebab itu, kami mahu anda mengambil apa sahaja dos penggalak yang ditawarkan.


Jadi, untuk semua penerima vaksin Sinovac yang sudah layak mengambil dos penggalak, pergi la ke klinik atau tempat vaksin berdekatan untuk menerima booster shot. Semakin lama anda tangguh, semakin tinggi kebolehjangkitan virus Covid-19 dengan anda dan orang sekeliling.

Kredit: Twitter Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Exit mobile version