Trending

Ramai Kagum Lihat Gadis Barista Kekal Sabar Walaupun Ditengking Dan Dimaki Pelanggan

Published on

Apa nak jadi ni kak? Zaman sekarang ni istilah customer always right dah tak berapa sesuai rasanya. Inikan pula bersikap kurang ajar sehingga ada yang memandang rendah dengan pekerjaan orang lain.

Itulah apa yang dilalui seorang gadis yang bekerja dalam industri makanan dan minuman bila terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

Pelanggan mengamuk sebab dapat air cawan kecil…

Situasi itu viral di media sosial menunjukkan seorang gadis barista di sebuah rangkaian kedai kopi terkenal ditengking dan dimaki oleh pelanggan.

Gadis barista tu dimarahi dengan teruk dan ia berpunca kerana tidak berpuas hati dengan Americano yang dipesan dihidang dalam cawan kecil.

Meskipun sudah diterangkan saiz tersebut adalah mengikut SOP ditetapkan oleh kedai itu namun pelanggan tersebut tetap tidak berpuas hati.

Apa benda korang buat ni? Panggil bos keluar. Kamu supervisor? Ikut SOP? Bullsh*t punya SOP.

Selepas terus menerus menengking pekerja kedai kopi itu, pelanggan terbabit kemudian berlalu pergi kira-kira seminit kemudian.

Rata-rata netizen menganggap gadis barista itu cukup baik kerana tidak mendedahkan wajah pelanggan selain turut memujinya kerana kekal bersabar. Ramai yang turut menyindir lelaki tersebut kerana mahukan americano dalam saiz yang besar dan menyuruhnya buat sendiri di rumah sahaja.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version