Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Hadiahkan Ucapan Hari Ibu Untuk Diri Sendiri, Ramai Doakan Yang Terbaik Untuknya

Ohmedia puteri Sarah

Oh! Artis

Puteri Sarah Hadiahkan Ucapan Hari Ibu Untuk Diri Sendiri, Ramai Doakan Yang Terbaik Untuknya

Pelakon Puteri Sarah Liyana sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila memuat naik satu hantaran di akaun Instagram miliknya sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad.

Menerusi perkongsian itu, Sarah memuat naik satu video yang menujukkan momen-momenya bersama dua cahaya matanya sewaktu mengerjakan ibadah umrah bersama kapsyen yang ditujukan untuk dirinya sendiri.

Tambahan, pelakon yang berusia 37 tahun ini juga berterima kasih kerana tanggungjawabnya menjadi ibu telah menjadikannya manusia yang lebih baik kepada anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

IKLAN

Selamat Hari Ibu kepada ibu yang telah membesarkan anak-anak anda seorang diri seperti seorang hero. Terima Kasih.

Terima kasih kerana menjadikan saya seorang yang lebih baik. Terima kasih kerana memberi saya tujuan yang lebih besar dan lebih baik dalam hidup @syaikhulsumayyah.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata warga maya itu berasa sedih apabila melihat perngorbanan Sarah yang membesarkan anak-anaknya tanpa suami disisi.

Malah, ramai memuji kekuatan Puteri Sarah dan dijadikan contoh wanita kuat yang tidak akan mengaku kalah dan berputus asa walaupun terlibat dengan isu rumah tangga bersama suaminya, Syamsul Yusof.

Photo1684144023

BACA: Ibu Syamsul Tidak Akan Tenang Jika Puteri Sarah Tidak Bahagia

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas