Antara content yang sering menjadi pilihan penonton adalah video-video yang kelakar serta kreatif termasuklah content ‘prank’.
Namun begitu, dapat kita lihat content ‘prank’ yang dibuat oleh content creator di media sosial seakan keterlaluan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang yang tidak dikenali.
Terbaru seorang lelaki di TikTok yang dikenali sebagai @izuan_razali menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara content yang disifatkan keterlaluan.
Menerusi video ‘prank’ berkenaan, Izuan dilihat secara tiba-tiba menarik tangan seorang wanita yang sedang berjalan bersama seorang lelaki dipercayai suaminya.
Dia kemudiannya dilihat dimarahi dan hampir ditumbuk oleh si suami. Dia meminta maaf dan terus berlalu pergi.
Netizen mengecam content Izuan
Melihat kepada situasi itu, rata-rata netizen mengecam tindakan content creator ini yang sesuka hati memegang tangan wanita tidak dikenali tanpa sebab.
Selepas teruk dikecam, Izuan tampil dengan satu video permohonanan maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Melalui hantaran video tersebut, dia memaklumkan bahawa video prank itu hanyalah lakonan semata-mata. Babak itu adalah untuk pembikinan drama pendek yang dibuatnya.
Assalamualaikum Semua Saya Izuan Razali. Di sini saya nak bagi tahu video itu hanyalah lakonan drama pendek drama prank.
Kalau nak ‘prank’ pon berpada-pada lah, jangan sampai boleh mendatangkan pergaduhan serta kecaman netizen.