Connect with us

Oh! Media

Dakwa Dikompaun RM10,000 Ketika Menghisap Rokok, Polis Siasat Posting Individu Di Facebook

Trending

Dakwa Dikompaun RM10,000 Ketika Menghisap Rokok, Polis Siasat Posting Individu Di Facebook

Sejak akhir-akhir ini, acap kali pula kita mendengar mengenai isu kompaun RM10,000 yang dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan isu ini juga dilihat semakin hangat diperkatakan oleh netizen di laman sosial.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, telah tular di media sosial apabila seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai pembantu tukang masak, telah berkongsi kepada umum mengenai pengalamannya dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh pihak berkuasa.

Melalui posting yang telah dimuat naiknya di akaun Facebook itu, dia mendakwa telah dikena kompaun ketika keluar sebentar di lorong belakang kedai untuk menghisap rokok.

Lelaki itu juga turut berkongsi mengenai keadaannya kini sedang buntu kerana gajinya sudah dipotong dan ditambah pula apabila dia dikatakan tidak mampu menghantar wang perbelanjaan kepada ibunya yang sakit disebabkan terpaksa berhutang untuk membayar kompaun tersebut. 

Namun, menurut petikan artikel daripada Harian Metro pada hari ini, pihak polis telah dilaporkan tidak pernah mengeluarkan sebarang kompaun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara tidak wajar sebagaimana yang telah didakwa oleh seorang tukang masak di media sosial baru-baru ini.

Hantaran Facebook yang telah dimuat naik oleh individu terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz pula berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan susulan mengenai satu isu yang mempertikaikan kompaun yang dikenakan bagi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang berlaku di Kampung Rapat semalam.

Posting yang telah dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai ‘Kuan Chee Heng’ di laman Facebook Itu juga dikatakan turut dikongsi oleh laman sosial facebook ‘Najib Razak’ dan telah mendapat perhatian ramai.

Semakan pihak kami mendapati tiada kompaun sebegini dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB polis daerah Ipoh.

Sementara, semakan lanjut dengan pemilik akaun ‘Kuan Chee Heng’ juga mendapati bahawa pengadu gagal dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan oleh pemilik akaun laman sosial itu. – Katanya.

A Asmadi berkata, susulan itu, satu laporan polis juga telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Kampung Rapat berhubung posting tular itu untuk menyiasat punca sebenar yang berlaku.

Beliau juga menegaskan PDRM Daerah Ipoh untuk sentiasa menjalankan amanah penguatkuasaan undang-undang dengan adil dan profesional, khususnya dalam membantu mengawal penularan wabak Covid-19 melalui tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

Dalam perkara sebegini, diharapkan agar segala permasalahan, pertikaian, maklum balas mengenai tindakan undang-undang oleh pihak polis disalurkan melalui saluran yang betul dan bukan disebarkan sewenang-wenangnya melalui media sosial tanpa disokong oleh fakta sebenar,” katanya.

Sedikit nasihat kepada anda yang berada diluar sana, supaya sentiasa peka dan patuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan anda dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas