Terbaru, Caprice berkongsi video mengenai seorang lelaki yang didakwa memukul tunangnya. Dalam video itu, kedengaran mangsa menangis kesakitan akibat dipukul bertubi-tubi.
Tak berdiam diri, Caprice telah ‘tag’ pasukan PDRM Malaysia melaporkan mengenai tingkah laku anggota yang telah mencemarkan nama baik polis serta berlagak ada ‘kabel’.
Susulan itu, lelaki dikenali sebagai Amirul tampil memberi penjelasan. Menurutnya, video viral itu adalah video lama yang berlaku kira-kira setahun yang lalu.
Selepas video pukul itu, dia dan pasangan dikatakan telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Jelas Amirul, memang benar salahnya memukul wanita disebabkan gagal mengawal kemarahan. Tetapi dia sudah berubah dan menerima kifarah.
Tahun lepas saya sudah mendapat kifarah, dalam bulan 8 macam tu. Tiba-tiba saya kena jangkitan kuman di kepala, saya dimasukkan ke hospital untuk dibedah.
Lepas sedar dari dibedah, saya lumpuh separuh badan. Dalam beberapa bulan ni lepas keluar dari wad, dia minta cerai dari saya. Dia tuntut fasakh. Kami sekarang dalam proses penceraian.
Lelaki ini berkata, isterinya mungkin tawar hati selepas kantoi dia mesej ramai wanita ketika tempoh berkahwin dulu. Namun, apa yang pasti video pukul itu sudah lama berlaku.