Connect with us

Oh! Media

PLKN 3.0 Kini Lebih Jimat Dan Strategik, Fokus Pertahanan Negara!

Ohmedia plkn 30

Trending

PLKN 3.0 Kini Lebih Jimat Dan Strategik, Fokus Pertahanan Negara!

PLKN dulu telan kos ratusan juta! Kini PLKN 3.0 lebih jimat dan fokus pertahanan negara. Ketahui strategi baharu dan sasaran kerajaan melalui program ini.

Kerajaan kini mengambil pendekatan lebih berhemah dan strategik dalam pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, berbanding edisi terdahulu yang pernah mencetuskan kontroversi kerana kosnya yang sangat tinggi.

Menurut laporan Harian Metro, PLKN 1.0 dan 2.0 masing-masing menelan kos purata RM565 juta dan RM361 juta setahun, dengan kos per pelatih mencecah hampir RM18,000 dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun, untuk PLKN 3.0, kos dikurangkan secara drastik dengan hanya RM200 juta untuk 100,000 pelatih, iaitu kira-kira RM2,000 setiap seorang sahaja.

IKLAN

Penjimatan ini dicapai melalui penggunaan fasiliti sedia ada, modul latihan yang lebih rasional dan pengurusan logistik yang cekap.

PLKN 3.0 lebih strategik dan lebih 45 hari

Kem Plkn

Berbeza dengan PLKN versi lama, PLKN 3.0 dirancang dengan hala tuju strategik dan jangka panjang. Ia bukan sekadar latihan fizikal semata-mata, tetapi lebih menekankan kepada kesedaran keselamatan, jati diri nasional dan semangat pertahanan negara.

Ini adalah titik permulaan ke arah pembentukan rakyat yang bersedia mempertahankan negara.

Pelatih berpotensi sertai Askar Wataniah

Plkn 2018jpg

Menariknya, setiap pelatih PLKN 3.0 kini berpeluang untuk diserap ke dalam pasukan sukarelawan Askar Wataniah, sebagai satu cara memperkukuhkan barisan pertahanan negara.

148 pelatih siri awal telah menyertai Askar Wataniah, manakala 40 lagi diserap terus ke dalam ATM.

Langkah ini dilihat sebagai strategi utama dalam mewujudkan nisbah 1:1 antara anggota tentera tetap dan anggota sokongan awam.

Pssttt! Pembangunan belia bukan hanya soal fizikal, tapi juga soal jati diri dan kesediaan mempertahankan negara. Jika kita mahu keamanan berpanjangan, pelaburannya harus bermula dari sekarang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas