Menurut laporan Kosmo, orang awam menjumpai mayat mangsa yang berusia dalam 30-an itu di jalan utama pada jam 7.50 malam.
Tiada unsur jenayah pada badan mangsa
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, selepas menerima panggilan kecemasan, pihaknya telah bergegas menuju ke lokasi kejadian.
Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan meragukan pada tubuh mangsa, selain itu, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.
Mangsa merupakan penghuni sebuah lagi pangsapuri di sekitar kawasan tersebut. Kes kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Semoga keluarga mangsa ikhlas dengar pemergian mangsa. Semoga semua yang terlibat dengan bencana banjir diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi hari-hari seterusnya.