Kalau korang perasan baru-baru ni tersebar gambar menunjukkan sekumpulan pelajar muslim solat di kawasan luar sebuah institusi pendidikan. Kejadian itu dipercayai dirakam di Oldham, England dan cuaca pada ketika itu sangat sejuk dan memberi pelbagai reaksi netizen terhadap mereka.
Pelajar ini juga terpaksa solat diluar apabila mendakwa seorang guru tidak membenarkan mereka untuk solat di dalam kelas.
Permohonan maaf dikeluarkan pihak institusi
Selepas video dan gambar pelajar solat di luar tersebar pihak institusi terus membuat permohonan maaf atas apa yang berlaku. Bagaimanapun, pihak Oldham Academy North turut menjelaskan bahawa sebanyak 15 buah kelas telah ditutup kerana rosak akibat banjir. Itu menjadi sebab mengapa guru tidak benarkan mereka solat di dalam kelas.
Pihak institusi juga akan tetap melakukan siasatan berhubung perkara itu agar kejadian sama tidak berulang.