Memetik laporan Harian Metro, pihak penganjur ada berunding dengan polis untuk terus berarak sehingga ke Masjid Negara namun mereka tidak dibenarkan membuat demikian.
Peserta perhimpunan hanya dibenarkan berarak di sepanjang Jalan Bangsar dan tidak dibenarkan ke Masjid Negara.
Beberapa jentera Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dilihat tiba di LRT Bangsar untuk mengawal keadaan.