Pemilik sawah telah menjumpai seorang bayi perempuan yang telah busuk dan membengkak di hujung sawah bendang lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri di Bagan Serai Perak, semalam.
Menerusi laporan Kosmo, pemilik sawah itu menjumpai mayat bayi pada pukul 8.30 pagi ketika mahu membuat kerja-kerja membaja.
Bayi tanpa kain di atas batas sawah padi
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mayat bayi itu dijumpai di atas batas sawah padi dan kali terakhir pemilik sawah itu berada di kawasan itu pada pukul 4.30 petang Ahad lalu, selepas menjalankan kerja-kerja membaja.
Mayat bayi perempuan itu dijumpai tanpa balutan atau kain dan telah membengkak serta membusuk.
Tiada sebarang dokumen atau kesan dijumpai sekitar tempat kejadian. Mayat bayi telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.
Mazuki menyatakan siasatan lanjut akan dilakukan kerana telah menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Kesiannya bayi yang tak berdosa ini menjadi mangsa perbuatan kejam kedua ibu bapa. Semoga ibu bapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian menerima balasan yang setimpal.