Sepanjang korang menyewa rumah, pernah tak korang berdepan dengan situasi dapat kawan serumah yang pengotor sampai membuatkan korang dan beberapa penyewa yang lain jadi tak selesa untuk duduk bersama.
Itulah pengalaman dan ‘penderitaan’ yang dihadapi seorang pemuda apabila dia perlu berhadapan dengan seorang ‘housemate’ pengotor yang gemar meninggalkan biliknya dalam keadaan bersepah dan kotor.