Trending
Peniaga Dikecam Jual Kentang Goreng RM19 Di Food Festival, Netizen Tak Puas Hati ‘Portion’ Terlalu Sikit
Seorang usahawan tempatan tampil memberi penjelasan berkenaan isu kentang goreng viral yang dikatakan terlalu mahal.
Difahamkan, kentang panjang yang dilengkapi pelbagai jenis topping itu dijual di acara Havoc Food Festival, Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan minggu lalu.
Seorang pempengaruh review makanan merakam video ketika pembelian dibuat menyebabkan netizen terkejut melihat portion yang didakwa tidak berbaloi dengan harga.

Susulan itu, owner tampil menjelaskan sebenarnya ada 12 batang kentang di dalam satu bekas. Tetapi mungkin ada kesilapan daripada pihaknya apabila kentang patah menyebabkan ianya nampak ‘ciput’.
Orang kata portion sikit, kalau topping sikit tu jangan menipulah, topping kita memang banyak. Tak pernah lagi sikit okey. Kalau dia bagi topping tu sikit, ciput je.. korang minta dekat staf tu nanti. Dia bagilah, jangan risau.
Mengenai harga pula, owner berpendapat ianya tidak mahal kerana dijual dengan harga RM16 dan RM19 je.

Untuk harga RM19, kentang goreng dilengkapi dengan topping seperti daging dan ayam. Manakala, RM16 untuk kentang goreng dengan topping basic.
Owner juga membandingkan dengan harga yang dijual di Thailand iaitu RM18 tanpa mengambil kira kos transport pergi dan balik.
Ada yang minta, macam mana Vokey kira margin dengan kos? Saya pakai kalkulator kira, kalau nak tahu.
Jadi, owner berpendapat harga itu sudah memadai untuk menu yang sepenuhnya menggunakan resepi sendiri.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Instagram @keytatoes | Abang Sodok
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM